Saturday, 27 August 2016

HUKUM MEMBUANG BULU KAKI BAGI WANITA


MENCUKUR BULU DI KAKI

 

Soalan; Uztaz, saya inginkan penjelasan tentang apa hukum sekiranya seorang perempuan itu mencukur bulu kakinya? adakah itu haram? saya pernah terbaca di internet sebelum ini yang mengatakan mencukur bulu kaki bagi seorang perempuan adalah wajib bagi yang menyerupai bulu kaki lelaki. adakah itu benar, uztaz?? Untuk pengetahuan uztaz saya ada seorang kawan yang telah pun mencukur bulu kakinya menggunakan sejenis sabun/ubat yang pernah diperkenalkan melalui iklan. terima kasih, uztaz.

Jawapan;

Tidak ada larangan dari Syarak terhadap mencukur bulu kaki. Yang ada larangan hanyalah mencukur/menipiskan bulu kening di mana ia dilaknat oleh Allah sebagaimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w. dalam hadisnya; “Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang mencukur alis (bulu kening) atau minta dicukur alisnya dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Umar r.a.). Apabila tidak ada larangan, maka ia kekal di atas hukum asalnya iaitu harus. Secara amnya, hukum mencabut bulu di badan adalah seperti berikut;

1. Mencabut bulu ketiak dan ari-ari; hukumya sunat. Bagi bulu ari-ari yang paling baik ialah mencukurnya. Adapun bulu ketiak yang paling baik ialah mencabutnya. Namun, jika dibuang dengan cara lain dari itu tidak mengapa.
2. Mencabut bulu kaki dan bulu lengan/betis bagi wanita; harus kerana tidak ada dalil Syarak melarangnya.
3. Mengilangkan bulu kening; haram sekalipun dengan permintaan suami kerana larangan keras oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis di atas.

Mengenai bahan/ubat/sabun yang digunakan itu, harus jika tidak mendatangkan mudarat kepada badan. Selain itu, hendaklah dipastikan ia suci (tidak mengandungi bahan najis). Jika ada bahan najis, hendaklah dibasuh sebelum mengerjakan solat.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

1. Fatawa Ulama’ Baladil-Haram, hlm. 727 dan 739.

Wednesday, 24 August 2016

Bulu Kaki Akak Dah Macam Kaki Lelaki?


Bulu kasar dan lebat..Nak hilangkan bulu kaki yang lebat tu macam kaki sebelah tuu??

Bayangkan sekiranya anda memiliki rambut atau bulu roma terlalu lebat di kawasan yang tidak sepatutnya terutama di atas bibir yang menampakkan seperti misai, pada ketiak dan kaki?

“Kebanyakan pakar estetik tidak menggalakkan kaedah mencukur atau menggunakan lilin pada bulu roma. Ini kerana apabila bulu terkena pisau cukur, ia akan tumbuh lebih lebat dan kasar.

Kaedah yang paling selamat, dan mengalakkan pertumbuhan bulu yang halus adalah kaedah WAXING ini adalah kerana ia dapat mencabut bulu roma dengan pantas sehingga anda tidak dapat merasai sedikit kesakitan. 


 Memperkenalkan

KRIM TANGGAL BULU MISS BELLA..


Produk miss bella ini dirumus khas untuk membuang bulu tanpa sakit dan menjadikan kulit Halus mulus setelah menggunakannya

Cara penggunaan cukup mudah
Hanya sapukan cream Miss Bella dan biarkan selama 5 minit setelah itu boleh gosok untuk mendapatkan hasil yg menakjubkan

Tempat yg hendak di buang bulu akan jadi lembut dan mulus. Bulu akan tercabut dari AKAR tanpa Rasa sakit

Tahniah !!! Sis  bertuah mendapatkan harga promosi terhad ini....

Harga asal :-

Rm79/botol

Tapi....

Kami nak bagi PROMOSI pengenalan. 

Hanya Rm60/botol SHJ..

Postage:-

Semenanjung = Rm7
Sabah / Sarawak = Rm10

sekiranya pembelian 3 botol ke atas free postage

RM180= 3botol+postage

P/S Promosi ini terhad!! 
Selagi stock masih ada....Haa berapa yang anda nak ^_^

Macamana nak guna??jom lihat SINI..


Luahan Isteri Seorang Isteri Yang Tersiksa Batin Akibat Suami Jijik Dengan Bulu Roma Di Badan


Assalam admin. Saya ada benda nak berkongsi. Tapi macam malu sangat nak cerita kat orang. Harap kalau bagitau kat sini ada lah yang sudi dengar dan beri pendapat tanpa judge saya.

Saya baru berkahwin 6 bulan lepas. Isunya di sini, suami tak nak sentuh saya. Selepas malam pertama kami, dia tak sentuh saya dah. Masa honeymoon pun dia buat tak endah.

Bila saya tanya barulah saya dapat tahu. Rupanya suami geli dengan bulu roma pada badan saya. Katanya dia jijik. Tak sangka ada perempuan yang berbulu lebat macam saya. Saya memang berbulu di seluruh badan. Ya, seluruh badan!

Saya sedih sangat. Saya memang dilahirkan macam ni. Apa saya boleh buat? Bila saya jumpa doktor, doktor cakap saya takde masalah. Saya cuma ada sikit hormon imbalance yang mana hormon testosterone saya lebih sikit dari perempuan biasa. tapi doc kata tak lah sampai tahap teruk atau bahaya sebab dia kata kalau kes teruk perempuan tu memang dah macam lelaki dah - suara agak garau etc etc. Doc kata ini hirsutism tapi yang jadi kat saya ni adalah hirsutism paling minima. Kalau hirsutism teruk ada yang smp boleh jadi mandul tapi doc kata saya tidak. Masih normal dan memang tak ada apa masalah.

Saya terangkan pada suami. Dia kata dia faham tapi dia tetap tak boleh buang rasa jijik tu. Kalau bahagian kaki dan bawah lengan memang takde masalah untuk saya nak cukur ke guna epilator semua. Dan memang saya sentiasa pastikan bahagian yang perlu shave ni saya shave sentiasa. Leceh memang leceh tapi saya anggap semua ni pengorbanan untuk suami. Sayangnya, dia tetap tak pandang pun. Dan dekat bahagian lain macam mana? Belakang badan saya pun berbulu. Walaupun bulu halus lembut dan bukannya kasar bergulung, tetap nampak kat mata. Dan sebabtu suami jijik.

Saya pernah tanya tempat yang ada laser. Katanya boleh buat tapi bayarannya cecah puluhan ribu. Dan hasilnya belum tentu permanent walaupun iklannya kata permanent. Mereka kata kalau bulu banyak sebab hormon, cuma boleh buang je lah. Sebab selagi hormon tak balance memang takkan hilang bulu. Kalau pergi buang selalu entah berapa lagi lah kosnya. Kalau saya berduit memang saya tak kisah. Tapi saya memang takde duit sebanyak tu.

Entahlah. Serabut kepala jadinya. Isunya cuma satu tapi meleret sampai mewujudkan isu lain. Sedih sangat rasanya.

Agaknya kalau bulu ni adalah satu stigma negatif pada lelaki, sanggup ke diorang nak shave setiap 3 hari? Atau sanggup ke diorang nak wax sebulan sekali? Proses buang bulu ni makan masa, kadang2 sakit, penat. Entah lah. Saya tak tahu apa lagi nak buat.

Sumber : Daisy teapot
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...